Wednesday 9 April 2014

Rawang Burger Bakar

Rawang Burger Bakar
Menu pilihan


"Hello?weh sok jom pergi stadium Shah Alam. Awek aku ajak makan burger." Kata aku kepada rakan aku.hehe.Kenapa nama Rawang Burger Bakar tapi makan kat Shah Alam je?tu korang boleh tanya pihak pengurusan Rawang Burger Bakar..hehe

kat atas tu korang boleh tengok menu burger yang ada. Actually bukan la kat stadium shah alam tapi kat Futsal Extreme Park, Shah Alam. Apa?tak tau?jangan risau.boleh tengok kat bawah.

Guna Word je.hehe
Kalau korang tengok betul-betul, dalam tu ada tulis kat mana stadium shah alam, federal highway dan mercu tanda yang lain.hehe. Harap korang sampai la ye..

Nak dijadikan cerita aku memilih Valentine dan tambah cheese, Awek aku memilih Hot Shot dan kawan aku, Razimey memilih Burgembira.

Valentine with cheese 1

Valentine with cheese 2
Hot Shot with Cheese
Burgembira. Yang ni daging burger tu dicelup ke dalam sos black pepper
Tak silap aku, Rawang Burger Bakar dah mempunyai cawangan di tempat-tempat lain. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut, boleh melawat facebook diorang Rawang Burger Bakar. Kat situ boleh r tanya macam-macam. Buat masa ini, aku tengok diorang memang friendly dalam tu.

katakan korang beratur lama semasa membeli, bila sampai turn korang, daging habis. Diorang akan beri satu kupon diskaun sebagai ganti dan tak perlu beratur untuk membeli. Sumber ini aku dapat dalam facebook diorang sendiri.

Gerai Rawang Burger Bakar di Futsal Extreme Park

Nasib baik masa kitorang pergi tu baru lepas hujan, pastu pulak hari Isnin. So tak payah la beratur panjang-panjang..hehe

Kalau dah sampai extreme park tu jangan lupa la singgah Rawang Burger Bakar. TIP TOP.Puas Hati!makan pun tak muak.

No comments:

Post a Comment